Sabtu, 2 Julai 2011

Ah Long a.k.a Ceti Haram

Assalamualaikum dan Salam Pemblogger...

"Ah Long a.k.a Ceti Haram"

Katakan Tidak Pada Ah Long
Hehehehehe..Topik yang Menarik Khas Untuk Pembaca Atau Pemblogger Yang Datang Kat Blog Aku Nie.. 

Korang Nak Tahu Apa Itu Ah Long...Hahahahaha..Ko Baca post Aku Di Bawah Nie...

Maksud Ah Long

Ah Long merupakan istilah popular bagi 'ceti haram'. Ia merujuk kepada orang perseorangan ataupun badan yang menawarkan pinjaman wang secara pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan. Mereka menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak sanggup atau tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah (seperti bank) kerana telah disenarai hitam, diisytihar muflis dan sebagainya.


Terdapat banyak peminjam wang sah berdaftar yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada seseorang yang tidak boleh memperoleh pinjaman di kebanyakan institusi kewangan arus perdana, seperti bank-bank besar. Mereka beroperasi menggunakan wang tunai, sementara institusi kewangan arus perdana semakin banyak beroperasi secara elektronik, bermakna mereka tidak akan melayan permohonan sesiapa yang tidak memiliki akaun bank.

Isi Kandungan
1) Maksud di sebalik poster :-
a. Wang
b. Papan iklan
c. Mangsa Ah Long
d. Percikan darah

Wang


Apabila peminjam ingin membuat pinjaman, kebiasaannya Ah Long akan memberi pinjaman berbentuk wang ringgit 'ongkos' beserta syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh si peminjam. Wang tersebut menjadi simbolik kepada proses pinjam meminjam wang secara haram.

Papan Iklan


Kebiasaannya ceti haram akan mengiklankan tawaran pinjaman beserta janji-janji manis yang mudah untuk dipenuhi oleh orang ramai yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman melalui ceti haram ini. Contohnya, kaki judi, ahli perniagaan kecil, pekerja buruh, penjaja dan sebagainya.

Mangsa Ah Long


Kes-kes pada masa kini menunjukkan kekejaman Ah Long yang semakin berani bertindak ganas seperti mengugut mangsa hingga ke rumah, menyimbah cat merah menyerupai darah, memalukan mangsa dengan menghantar kepala khinzir dan yang lebih teruk lagi menculik serta mengurung mangsa seperti binatang.

Percikan darah


Ada kalanya Ah Long sanggup bertindak di luar jangkaan dengan menggunakan kekerasan untuk menakutkan mangsa yang semakin terbeban dengan kadar faedah terlampau tinggi. Jadi, darah adalah simbolik kepada perasaan takut dan terasa diancam disebabkan tindakan ganas dan kejam.

Tu Sahaja Postnya..Tak Larat Nak Ketuk Keyboard...

Sekian...

"Katakan Tidak Pada Ah Long"


3 Responden:

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
$ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

sila whatsapp saya di 0113117793 sy nk buat pnjaman peribadi. tq

sila whatsapp saya di 0113117793 sy nk buat pnjaman peribadi. tq

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More